Wednesday, October 29, 2014

SEJARAH


SEJARAH 

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

PENDAHULUAN

Sebelum merdeka Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) yang dinamakan Palang Merah ketika itu telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah penjajahan British ia dikenali sebagai "a branch of the British Red Cross". 

Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

" Akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan Palang Merah pertama di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak telah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.Dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

Penukaran Nama

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

PRINSIP-PRINSIP


Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah


Kemanusiaan
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia.

Saksama




Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan.


Berkecuali

Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, 
perkauman, agama atau ideologi.


Kebebasan


Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.

LAGU BSMM










Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia


Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat






*Lyrics: Dato’ Dol Ramli @ Song: Dato’ Johari Salleh”Lagu Bulan Sabit Merah” – was first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name of the Society from the Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red Crescent Society.

PERTOLONGAN CEMAS / RAWATAN KECEMASAN

Pertolongan cemas/Rawatan kecemasan


Pertolongan cemas atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa selalunya dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Bantuan penafasan

Dalam kebanyakan kes kecemasan, rawatan bantuan penafasan mulut ke mulut (CPR) amat penting diberikan kepada mangsa.

Ia bertujuan mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai dua matlamat iaitu mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan dan mengekalkan aliran udara masuk dan keluar ke paru-paru.

CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan minimum. Anda hanya perlu:

* Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru.
Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah.

* Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan.


Pautan video : CPR


Langkah mudah

DRABC adalah 5 langkah mudah untuk melakukan CPR. DRABC membawa maksud:

D - Danger (bahaya);

R - Response (tindak balas);

A - Airway (saluran pernafasan);

B - Breathing (pernafasan) dan

C - Circulation (peredaran darah)

D - Danger (bahaya)

* Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.

* Alihkan benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa.

* Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan.

R - Response (tindak balas)
* Periksa tindak balas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan `awak ok?'

* Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.

* Jika tiada tindak balas, hubungi ambulans (999 atau 991).

A - Airway (saluran pernafasan)

* Lakukan teknik `angkat dagu dan dongak kepala'. Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan, manakala dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.

* Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasannya. Alihkan lidah mangsa jika ia menghalang pernafasan.

B - Breathing (pernafasan)
* Dekatkan pipi anda dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.

* Lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa selama lima hingga 10 saat.

* Jika tiada pernafasan, picit hidung mangsa sehingga tertutup dan beri dua hembusan penuh ke dalam mulutnya selama dua saat setiap hembusan.

C - Circulation (peredaran darah)

* Jika tiada tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada mangsa, mulakan tekanan di dada pesakit.
* Letakkan tangan anda di tengah dada/tulang sternum (ulu hati) mangsa. Tekan ke dalam (antara 1.52 inci atau kira-kira 5 sentimeter) sebanyak 15 kali pada kadar 80100 kali seminit dengan kiraan `dan satu', `dan dua', `dan tiga' sehingga `dan lima belas'.

* Teruskan dengan dua hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.

PERTOLONGAN CEMAS UNTUK PATAH / TERSELIUH

PERTOLONGAN CEMAS UNTUK PATAH / TERSELIUH


PATAH

Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.



Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung
a) Secara Langsung 
    Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau       kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
    Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot       atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah. 

Jenis-jenis patah
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) 
    Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
   Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian       luar kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
    Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.
d) Patah Remok (Comminuted fracture)
    Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
e) Patah Terenyok (Impacted fracture)
   Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.
f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
  Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)
  Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah
a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. 
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Patah-patah Tertentu
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.

Patah-patah Tertentu

Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan segera.


Patah Tulang Rahang
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
e) Gigi mangsa berselisih.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang Belakang
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.
Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Rusuk

Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.


Patah Tulang Selangka (Klavikal)
Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.
c) Rawat kecederaan yang terdapat.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota Atas
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.
c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang tercedera.
d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan.


Patah Tulang Punggung
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian punggung.
b) Susah bergerak atau berdiri.
c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.
d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Paha
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.


Patah Tulang Tibia dan Fibula
Rawatan
a) Letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan.
d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang yang patah.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Pecah Tulang Patela
Rawatan
a) Baringkan dan luruskan kaki mangsa.
b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

Terkehel (Dislocation)
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari 
acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang 
tanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda-tanda dan gejala terkehel
a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
b) Bengkak dan lebam bahagian sendi.
c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.
d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi mengurangkan pergerakan.
c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian tersebut.
d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a) Sakit bahagian yang tercedera.
b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat mengerakkan anggota tersebut.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.
b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
c) Jangan mengurut bahagian cedera.
d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Salah Urat (Strain)Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan anggota yang terlibat.

Tanda dan gejala
a) Sakit dan tegang otot-otot.
b) Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.
Rawatan
a) Rehatkan bahagian yang terlibat.
b) Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan sakit.
c) Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.
d) Beri minum air yang banyak.

Kekejangan otot (Cramp)
Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat dari pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat.

Tanda-tanda dan gajala
a) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami kekejangan.
b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan tegang.
c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dan tenangkannya.
b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.
c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.
d) Rehatkan bahagian yang tercedera.
g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.


RUJUKAN / SUMBER




RUJUKAN / SUMBER





BUKU / BACAAN LANJUT & GALERI


BACAAN LANJUT