Wednesday, October 29, 2014

PERTOLONGAN CEMAS UNTUK PATAH / TERSELIUH

PERTOLONGAN CEMAS UNTUK PATAH / TERSELIUH


PATAH

Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.



Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung
a) Secara Langsung 
    Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau       kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
    Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot       atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah. 

Jenis-jenis patah
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) 
    Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
   Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian       luar kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
    Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.
d) Patah Remok (Comminuted fracture)
    Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
e) Patah Terenyok (Impacted fracture)
   Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.
f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
  Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)
  Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah
a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. 
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Patah-patah Tertentu
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.

Patah-patah Tertentu

Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan segera.


Patah Tulang Rahang
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
e) Gigi mangsa berselisih.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang Belakang
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.
Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Rusuk

Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.


Patah Tulang Selangka (Klavikal)
Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.
c) Rawat kecederaan yang terdapat.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota Atas
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.
c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang tercedera.
d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan.


Patah Tulang Punggung
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian punggung.
b) Susah bergerak atau berdiri.
c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.
d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Paha
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.


Patah Tulang Tibia dan Fibula
Rawatan
a) Letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan.
d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang yang patah.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Pecah Tulang Patela
Rawatan
a) Baringkan dan luruskan kaki mangsa.
b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

Terkehel (Dislocation)
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari 
acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang 
tanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda-tanda dan gejala terkehel
a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
b) Bengkak dan lebam bahagian sendi.
c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.
d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi mengurangkan pergerakan.
c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian tersebut.
d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a) Sakit bahagian yang tercedera.
b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat mengerakkan anggota tersebut.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.
b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
c) Jangan mengurut bahagian cedera.
d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Salah Urat (Strain)Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan anggota yang terlibat.

Tanda dan gejala
a) Sakit dan tegang otot-otot.
b) Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.
Rawatan
a) Rehatkan bahagian yang terlibat.
b) Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan sakit.
c) Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.
d) Beri minum air yang banyak.

Kekejangan otot (Cramp)
Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat dari pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat.

Tanda-tanda dan gajala
a) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami kekejangan.
b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan tegang.
c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dan tenangkannya.
b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.
c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.
d) Rehatkan bahagian yang tercedera.
g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.


1 comment: